Rahsia Garam
Mengapa
garam di panggil raja kimia oleh ahli kimia? Banyak rahsia yang tidak di
ketahui kenapa garam di gunakan dalam kehidupan. Mengikut petua yang diamalkan
oleh nenek moyang dahulu, cara untuk mengurangkan kemasinan ikan masin adalah
dengan merendamkan ikan masin dalam garam pekat. Adakah ikan itu bertambah
masin? Jawabnya tidak, ikan masin akan menjadi tawar sedikit selepas direndam
dalam air garam.
Sekarang
kita huraikan pula dari sudut sains. Jika kepekatan air garam yang merendam
ikan masin itu lebih tinggi maka garam yang ada pada ikan masin itu akan
tertarik keluar. Mengikut sains inin dipanggil Prosfit Osmosis. Ia adalah proses pengaliran pelarut dari
larutan berkepekatan rendah ke larutan berkepekatan tinggi.
Dari Abdullah bin Umar r.a, dari Nabi S.A.W, “ Sesungguhnya Allah SWT
menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan ) dari langit (menerusi
hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan GARAM.” (HR al Baghawiy)
Nabi SAW
turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan. Sebelum keluar mengembara,
baginda akan makan secubit garam sebelum makan atau minum. Ia bertujuan untuk
menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru dan
meningkatkan daya imun tubuh kerana setiap kawasan mempunyai cuaca dan
persekitaran yang berlainan. Dalam perubatan islam juga, garam mampu
mengembalikan tenaga yang hilang ketika dalam perjalan. Ia bukan saja bahan
perasa makanan atau pemulih tenaga malah mampu menjadi bahan rawatan kepada
penyakit.
Dalam
perubatan islam, garam adalah bahan yang paling kerap digunakan. Penggunaan
garam bagi mengubat penyakit adalah diharuskan kerana bahan tersebut tidak
mengandungi sumber yang haram , bahkan dalam hadis juga terdapat riwayat
menyatakan penggunaan garam dalam perubatan oleh baginda SAW.
Dari Ali ibn
Abi Talib, Nabi SAW telah disengat kala jengking ketika sedang bersolat,
setelah selesai solat baginda bersabda, “ Semoga Allah melaknat kala jengking
yang tidak meninggalkan orang yang sedang bersolat dan lain2.” Kemudian baginda
minta dibawakan air dan garam lalu baginda megusap pada tempat yang disengat
dengan membaca surah al-kafirun, al-falaq dan an-nas (HR al-Tabrani). Dalil
yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dengan isnad yang hasan dalam kitab
Mu’jamal-Awasat, menjelaskan bahawa Nabi SAW pernah menggunakan garam serta
bacaan ayat al-Quran bagi mengubat bisa kala jengking.
Begitu juga
dalam kitab al-hawi Fi Tib karangan Muhammad Ibn Zakaria al-Razi, terdapat 1
bab yang membincangkan tentang penggunaan garam bagi merawat gigitan anjing
gila iaitu air, bawang merah , garam dan madu. Kesemua rawatan yang dinyatakan
ini bersifat zahiriah. Tetapi bagaimana pula jika ia bersifat batiniah yang
berkaitan dengan makhluk halus, adakah penggunaan garam juga turut dibolehkan
sebagaimana kepercayaan masyarakat melayu? Dan apa bukti yang menunjukkan kaum
jin takut dengan garam?
Dalam hal
ini, tidak terdapat hadis atau dalil yang menunjukkan Nabi SAW atau para
sahabat menggunakan garam sebagai alat untuk menghalau jin.
GARAM DIKAGUMI OLEH SAINTIS
Garam hadir dalam badan manusia sebagai salah satu
daripada 114 unsur kimia bermula dari Hidrogen hingga Uranium. Di dalam istilah
sains ia disebut natrium klorida (NaCL) di mana setiap molekul natrium akan
diikat oleh molekul klorida yang lebih besar. Apabila natrium klorida
dilarutkan didalam air maka rangka binaannya berpecah menjadi ion Na+ru dan
C1-rs akan mengelilingi pola molekul air.
Garam telah dijadikan oleh Allah SWT berpasangan dan
bersenyawa serta berkahwin. Semua benda di dalam dunia ini tercipta daripada pelbagai
unsur kimia dan manusia adalah ciptaan unsur kimia yang paling sempurna. Di
dalam semua semua unsur kimia hanya garam sahaja yang mempunyai ion berpasangan
iaitu ion negatif dan positif. Unsur lain semuanya tidak berpasangan dan perlu
mencari pasangannya dengan proses tindak balas kimia dalam badan.
Para saintis masih tidak dapat menerangkan mengapa garam
dijadikan sudah berpasangan. Satu penjelasan yang boleh diterima akal adalah ia
datang dari langit yang merangkumi rahsia kebesaran Allah.
Garam itu bukan datang dari tanah tetapi dari langit. Ia
berkainatn dengan proses penyejatan, awan dan cuaca panas yang akan menghasilkan
garam. Garam juga digelar Raja Kimia dan mampu menukar semua unsur-unsur kimia
untuk menjadi potensi tenaga baru terutama memecahkan lemak dalam perut. Bagi
yang tahu rahsianya dari segi molekul, keaktifan yang mengaktfikan elektron dan
proton akan menganggap garam bukan sekadar perasa yang menyedapkan makanan.
Garam adalah lebih hebat daripada itu kerana ia boleh menjadi ubat, penawar
racun, pelerai radiasi dan kunci sabar. Semua rahsia itu terkandung dalam
ikatan molekul Natrium Klorida.
Garam laut adalah yang paling baik terutama yang kasar.
Jika dikategorikan sebagai ubat maka garam adalah yang paling hebat dan
terbaik. Ini kerana garam itu Allah telah menjadikannya dengan sempurna dan
mempunyai ion yang berpasangan iaitu satu gabungan yang tidak pernah wujud di
dalam elemen kimia lain.
Namun masih perlu berhati-hati dengan kandungan garam
makan sekarang kerana sudah kurang zatnya akibat melalui proses pemutihan dan
pembersihan. Jangan hanya melihat garam yang putih maka dikatakan bersih dan
cantik tapi tidak berkhasiat malahan kandungan kloridanya telah musnah.
BUKANKAH
GARAM PENYEBAB PENYAKIT?
Jika ditanya doktor tentang garam mereka akan menyatakan
ia adalah pembawa penyakit berbahaya. Tapi benarkah doktor perubatan boleh
menjawab sejelasnya tentang garam sedangkan mereka bukan ahli kimia? Sebab
itulah kebanyakannya salah faham tentang garam sehingga menjangkakan bahawa
semuanya buruk disebabkan oleh garam. Sebenarnya garam bukan punca penyakit.
Sebenarnya tiada siapa pernah mengajar bagaimana teknik yang betul mengambil
garam.
Memang benar garam penyebab darah tinggi tetapi tidak
diceritakan bagaimana ia boleh berlaku. Jika ditanyakan soalan itu kepada
doktor mereka tidak akan dapat menjawab dengan tepat kerana mereka bukan ahli
kimia yang tahu tentang ion negatif dan positif. Apabila ditanya kepada ahli
kimia pula masalah akan timbul kerana mereka juga tidak tahu tentang fisiologi
manusia. Walaupun mereka tahu tentang ion negatif dan positif tapi tidak tahu
tentang penjagaan kesihatan kerana kepakarannya dalam bidang kimia.
Benarkah klorida boleh
mengangkut oksigen? Benar
Benarkah ion negatif diperlukan
dalam darah? Benar
Benarkah ion negatif paling
tinggi hanya dalam garam adalah dibawa klorida? Benar
Apakah garam itu racun? Tidak.
Menurut ahli kimia yang menjadi racun adalah natrium apabila garam itu
dipanaskan dan menyebabkan klorida itu musnah. Pantang garam adalah suhu panas,
kerana apabila dipanaskan maka sifat ion negatif akan rosak. Ini bermakna yang
hilang adalah klorida (CL) berion negatif, yang tinggal hanyalah natrium ion
positif yang bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida, ion
negatif kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.
Jika klorida dalam garam sudah hilang itu bermakna
oksigen dalam darah sudah berkurangan dan yang banyak hanya karbon dioksida
yang menjadi asid. Keadaan itulah yang menyebabkan darah tinggi kerana natriumnya
tinggi apabila garam dipanaskan. Sebenarnya garam tidak boleh dipanaskan untuk
mengekalkan khasiatnya. Tidak dinafikan garam itu penyebab darah tinggi dari
segi teknikalnya kerana garam telah dimusnahkan elemennya. Garam memang
penyebab darah tinggi jika dipanaskan. Cara yang betul adalah garam dicampurkan
selepas 10 minit diangkat dari api.
Garam tidak menyebabkan penyakit tetapi jika dipanaskan
maka ion negatif dimusnahkan menyebabkan oksigen berkurangan sebaliknya
menambahkan karbon dioksida di dalam darah. Itulah yang dikatakan darah tinggi
kerana jantung terpaksa pam darah dengan kuat, darah tidak boleh bergerak
sendiri kerana tidak ada oksigen.
Ia sesuatu yang meletihkan kerana tidak ada tenaga untuk
mengepam darah. Jika cukup oksigen darah akan bergerak sendiri kerana kerja
jantung bukanyan mengepam darah dengan kuat tapi tugasnya hanya mengagihkan
darah ke seluruh badan. Orang yang mengalami darah tinggi tekanan degupan
jantungnya kuat sebab darahnya tidak cukup oksigen. Bila darah tidak sampai ke
otak sebaliknya hanya berkitar di bahu dan tengkuk sahaja. Apabila darah tidak
sampai ke otak akan rasa mengantuk, sakit kepala amat sangat kerana tekanan
berlaku dalam kepala disebabkan oksigen yang tidak cukup.
Untuk mengatasi masalah darah yang tidak cukup oksigen
adalah dengan mengambil garam. Cara mengambilnya hendaklah dengan air sejuk
pada waktu pagi. Bila digabungkan dengan air sejuk maka klorida lagi aktif.
Selama ini doktor tidak terangkan cara yang betul mengambil garam agar ia boleh
menghilangkan penyakit. Syaratnya garam itu kena diambil dengan cara yang betul
iaitu mesti diminum pada waktu pagi
terutama waktu sahur dan tidak boleh dipanaskan dalam masakan berkali-kali.
Amalan mengambil garam pada waktu pagi berdasarkan
sunnah. Mengikut sains pula adalah berkaitan dengan asid yang banyak di dalam
perut pada waktu awal pagi. Apabila tidur dalam keadaan stress dan mengalami
mimpi ngeri maka asid akan berkumpul di perut. Sebenarnya tidur memang banyak
menggunakan tenaga dan banyak komunikasi otak berjalan. Jadi tidak pelik
apabila bangun pagi saja terus hendak buang air besar itu bermakna asid banyak dalam perut.
Disebabkan garam itu oksigen maka sebab itulah orang
sabar amat ditakuti syaitan kerana dalam darah banyak oksigen. Untuk menahan
sabar maka kena ada bekalan garam yang cukup di dalam darah. Kemarahan hanya
akan menyebabkan kandungan oksigen berkurangan dan ketika itulah tentera iblis
dari golongan syaitan akan masuk ke saluran darah dan menguasai ruang tulang
sulbi sebagai benteng pertama menurunkan
keimanan. Marah itu bagus tapi kena kawal dan bagi siapa yang dapat mengawalnya
dengan kasih sayang maka ia akan menghilangkan segala penyakit.
Bagaimana mengekalkan kesabaran? Jawapannya adalah garam.
Garam adalah pembawa oksigen, apabila di dalam badan ada oksigen yang cukup
maka kita akan dapat mengawal marah. Bila ambil garam waktu pagi maka marah
akan terkawal, ada rasa marah tetapi penuh dengan sifat kasih sayang.