Selasa, 27 November 2012


Rahsia Garam
Mengapa garam di panggil raja kimia oleh ahli kimia? Banyak rahsia yang tidak di ketahui kenapa garam di gunakan dalam kehidupan. Mengikut petua yang diamalkan oleh nenek moyang dahulu, cara untuk mengurangkan kemasinan ikan masin adalah dengan merendamkan ikan masin dalam garam pekat. Adakah ikan itu bertambah masin? Jawabnya tidak, ikan masin akan menjadi tawar sedikit selepas direndam dalam air garam.
Sekarang kita huraikan pula dari sudut sains. Jika kepekatan air garam yang merendam ikan masin itu lebih tinggi maka garam yang ada pada ikan masin itu akan tertarik keluar. Mengikut sains inin dipanggil Prosfit Osmosis.  Ia adalah proses pengaliran pelarut dari larutan berkepekatan rendah ke larutan berkepekatan tinggi.
Dari Abdullah bin Umar r.a, dari Nabi S.A.W, “ Sesungguhnya Allah SWT menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan ) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan GARAM.” (HR al Baghawiy)
Nabi SAW turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan. Sebelum keluar mengembara, baginda akan makan secubit garam sebelum makan atau minum. Ia bertujuan untuk menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru dan meningkatkan daya imun tubuh kerana setiap kawasan mempunyai cuaca dan persekitaran yang berlainan. Dalam perubatan islam juga, garam mampu mengembalikan tenaga yang hilang ketika dalam perjalan. Ia bukan saja bahan perasa makanan atau pemulih tenaga malah mampu menjadi bahan rawatan kepada penyakit.
Dalam perubatan islam, garam adalah bahan yang paling kerap digunakan. Penggunaan garam bagi mengubat penyakit adalah diharuskan kerana bahan tersebut tidak mengandungi sumber yang haram , bahkan dalam hadis juga terdapat riwayat menyatakan penggunaan garam dalam perubatan oleh baginda SAW.
Dari Ali ibn Abi Talib, Nabi SAW telah disengat kala jengking ketika sedang bersolat, setelah selesai solat baginda bersabda, “ Semoga Allah melaknat kala jengking yang tidak meninggalkan orang yang sedang bersolat dan lain2.” Kemudian baginda minta dibawakan air dan garam lalu baginda megusap pada tempat yang disengat dengan membaca surah al-kafirun, al-falaq dan an-nas (HR al-Tabrani). Dalil yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dengan isnad yang hasan dalam kitab Mu’jamal-Awasat, menjelaskan bahawa Nabi SAW pernah menggunakan garam serta bacaan ayat al-Quran bagi mengubat bisa kala jengking.
Begitu juga dalam kitab al-hawi Fi Tib karangan Muhammad Ibn Zakaria al-Razi, terdapat 1 bab yang membincangkan tentang penggunaan garam bagi merawat gigitan anjing gila iaitu air, bawang merah , garam dan madu. Kesemua rawatan yang dinyatakan ini bersifat zahiriah. Tetapi bagaimana pula jika ia bersifat batiniah yang berkaitan dengan makhluk halus, adakah penggunaan garam juga turut dibolehkan sebagaimana kepercayaan masyarakat melayu? Dan apa bukti yang menunjukkan kaum jin takut dengan garam?
Dalam hal ini, tidak terdapat hadis atau dalil yang menunjukkan Nabi SAW atau para sahabat menggunakan garam sebagai alat untuk menghalau jin.
GARAM DIKAGUMI OLEH SAINTIS
            Garam hadir dalam badan manusia sebagai salah satu daripada 114 unsur kimia bermula dari Hidrogen hingga Uranium. Di dalam istilah sains ia disebut natrium klorida (NaCL) di mana setiap molekul natrium akan diikat oleh molekul klorida yang lebih besar. Apabila natrium klorida dilarutkan didalam air maka rangka binaannya berpecah menjadi ion Na+ru dan C1-rs akan mengelilingi pola molekul air.
            Garam telah dijadikan oleh Allah SWT berpasangan dan bersenyawa serta berkahwin. Semua benda di dalam dunia ini tercipta daripada pelbagai unsur kimia dan manusia adalah ciptaan unsur kimia yang paling sempurna. Di dalam semua semua unsur kimia hanya garam sahaja yang mempunyai ion berpasangan iaitu ion negatif dan positif. Unsur lain semuanya tidak berpasangan dan perlu mencari pasangannya dengan proses tindak balas kimia dalam badan.
            Para saintis masih tidak dapat menerangkan mengapa garam dijadikan sudah berpasangan. Satu penjelasan yang boleh diterima akal adalah ia datang dari langit yang merangkumi rahsia kebesaran Allah.
            Garam itu bukan datang dari tanah tetapi dari langit. Ia berkainatn dengan proses penyejatan, awan dan cuaca panas yang akan menghasilkan garam. Garam juga digelar Raja Kimia dan mampu menukar semua unsur-unsur kimia untuk menjadi potensi tenaga baru terutama memecahkan lemak dalam perut. Bagi yang tahu rahsianya dari segi molekul, keaktifan yang mengaktfikan elektron dan proton akan menganggap garam bukan sekadar perasa yang menyedapkan makanan. Garam adalah lebih hebat daripada itu kerana ia boleh menjadi ubat, penawar racun, pelerai radiasi dan kunci sabar. Semua rahsia itu terkandung dalam ikatan molekul Natrium Klorida.
            Garam laut adalah yang paling baik terutama yang kasar. Jika dikategorikan sebagai ubat maka garam adalah yang paling hebat dan terbaik. Ini kerana garam itu Allah telah menjadikannya dengan sempurna dan mempunyai ion yang berpasangan iaitu satu gabungan yang tidak pernah wujud di dalam elemen kimia lain.
            Namun masih perlu berhati-hati dengan kandungan garam makan sekarang kerana sudah kurang zatnya akibat melalui proses pemutihan dan pembersihan. Jangan hanya melihat garam yang putih maka dikatakan bersih dan cantik tapi tidak berkhasiat malahan kandungan kloridanya telah musnah.
BUKANKAH GARAM PENYEBAB PENYAKIT?
            Jika ditanya doktor tentang garam mereka akan menyatakan ia adalah pembawa penyakit berbahaya. Tapi benarkah doktor perubatan boleh menjawab sejelasnya tentang garam sedangkan mereka bukan ahli kimia? Sebab itulah kebanyakannya salah faham tentang garam sehingga menjangkakan bahawa semuanya buruk disebabkan oleh garam. Sebenarnya garam bukan punca penyakit. Sebenarnya tiada siapa pernah mengajar bagaimana teknik yang betul mengambil garam.
            Memang benar garam penyebab darah tinggi tetapi tidak diceritakan bagaimana ia boleh berlaku. Jika ditanyakan soalan itu kepada doktor mereka tidak akan dapat menjawab dengan tepat kerana mereka bukan ahli kimia yang tahu tentang ion negatif dan positif. Apabila ditanya kepada ahli kimia pula masalah akan timbul kerana mereka juga tidak tahu tentang fisiologi manusia. Walaupun mereka tahu tentang ion negatif dan positif tapi tidak tahu tentang penjagaan kesihatan kerana kepakarannya dalam bidang kimia.
Benarkah klorida boleh mengangkut oksigen? Benar
Benarkah ion negatif diperlukan dalam darah? Benar
Benarkah ion negatif paling tinggi hanya dalam garam adalah dibawa klorida? Benar
Apakah garam itu racun? Tidak. Menurut ahli kimia yang menjadi racun adalah natrium apabila garam itu dipanaskan dan menyebabkan klorida itu musnah. Pantang garam adalah suhu panas, kerana apabila dipanaskan maka sifat ion negatif akan rosak. Ini bermakna yang hilang adalah klorida (CL) berion negatif, yang tinggal hanyalah natrium ion positif yang bersifat asid. Yang diperlukan dalam garam adalah klorida, ion negatif kerana klorida inilah yang memegang zat besi dan oksigen.
            Jika klorida dalam garam sudah hilang itu bermakna oksigen dalam darah sudah berkurangan dan yang banyak hanya karbon dioksida yang menjadi asid. Keadaan itulah yang menyebabkan darah tinggi kerana natriumnya tinggi apabila garam dipanaskan. Sebenarnya garam tidak boleh dipanaskan untuk mengekalkan khasiatnya. Tidak dinafikan garam itu penyebab darah tinggi dari segi teknikalnya kerana garam telah dimusnahkan elemennya. Garam memang penyebab darah tinggi jika dipanaskan. Cara yang betul adalah garam dicampurkan selepas 10 minit diangkat dari api.
            Garam tidak menyebabkan penyakit tetapi jika dipanaskan maka ion negatif dimusnahkan menyebabkan oksigen berkurangan sebaliknya menambahkan karbon dioksida di dalam darah. Itulah yang dikatakan darah tinggi kerana jantung terpaksa pam darah dengan kuat, darah tidak boleh bergerak sendiri kerana tidak ada oksigen.
            Ia sesuatu yang meletihkan kerana tidak ada tenaga untuk mengepam darah. Jika cukup oksigen darah akan bergerak sendiri kerana kerja jantung bukanyan mengepam darah dengan kuat tapi tugasnya hanya mengagihkan darah ke seluruh badan. Orang yang mengalami darah tinggi tekanan degupan jantungnya kuat sebab darahnya tidak cukup oksigen. Bila darah tidak sampai ke otak sebaliknya hanya berkitar di bahu dan tengkuk sahaja. Apabila darah tidak sampai ke otak akan rasa mengantuk, sakit kepala amat sangat kerana tekanan berlaku dalam kepala disebabkan oksigen yang tidak cukup.
            Untuk mengatasi masalah darah yang tidak cukup oksigen adalah dengan mengambil garam. Cara mengambilnya hendaklah dengan air sejuk pada waktu pagi. Bila digabungkan dengan air sejuk maka klorida lagi aktif. Selama ini doktor tidak terangkan cara yang betul mengambil garam agar ia boleh menghilangkan penyakit. Syaratnya garam itu kena diambil dengan cara yang betul iaitu mesti diminum  pada waktu pagi terutama waktu sahur dan tidak boleh dipanaskan dalam masakan berkali-kali.
            Amalan mengambil garam pada waktu pagi berdasarkan sunnah. Mengikut sains pula adalah berkaitan dengan asid yang banyak di dalam perut pada waktu awal pagi. Apabila tidur dalam keadaan stress dan mengalami mimpi ngeri maka asid akan berkumpul di perut. Sebenarnya tidur memang banyak menggunakan tenaga dan banyak komunikasi otak berjalan. Jadi tidak pelik apabila bangun pagi saja terus hendak buang air besar  itu bermakna asid banyak dalam perut.
            Disebabkan garam itu oksigen maka sebab itulah orang sabar amat ditakuti syaitan kerana dalam darah banyak oksigen. Untuk menahan sabar maka kena ada bekalan garam yang cukup di dalam darah. Kemarahan hanya akan menyebabkan kandungan oksigen berkurangan dan ketika itulah tentera iblis dari golongan syaitan akan masuk ke saluran darah dan menguasai ruang tulang sulbi  sebagai benteng pertama menurunkan keimanan. Marah itu bagus tapi kena kawal dan bagi siapa yang dapat mengawalnya dengan kasih sayang maka ia akan menghilangkan segala penyakit.
            Bagaimana mengekalkan kesabaran? Jawapannya adalah garam. Garam adalah pembawa oksigen, apabila di dalam badan ada oksigen yang cukup maka kita akan dapat mengawal marah. Bila ambil garam waktu pagi maka marah akan terkawal, ada rasa marah tetapi penuh dengan sifat kasih sayang.

                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan