Sabtu, 1 Disember 2012

PENYAKIT CAKARAN KUCING (BAHAGIAN 2)

Tanda dan Gejala

     Kebiasaan pesakit hanya ingat pernah berada di sekeliling kucing tetapi tidak ingat samada pernah atau tidak menerima cakaran atau gigitan.
    Pada tempat cakaran atau gigitan akan terbentuk lepuh, ia berlaku dalam tempoh 3 hingga 10 hari. kebiasaannya pesakit hanya menyangka kesan gigitan serangga. Lepuh ini dipanggil lesi inokulasi (tempat luka yang menjadi laluan bakteria masuk ke dalam tubuh)
    Dalam tempoh 1 hingga 4 minggu selepas dicakar atau digigit kucing, 1 atau lebih nodus limfa berhampiran kawasan luka akan membengkak. Contohnya jika luka berlaku pada lengan, nodus limfa pada siku atau ketiak akan bengkak. Kulit pada kawasan nodus limfa yang bengkak ini boleh menjadi panas dan merah dan kadangkala mengalirkan nanah.
    Luka mengambil masa 1 hingga 3 minggu untuk sembuh. Bengkak akan susut dalam tempoh antara 2 hingga 4 bulan. Untuk kebanyakan kanak-kanak, bengkak pada nodus limfa merupakan tanda utama penyakit. Tanda umum yang lain adalah demam (suhu kurang dari 38.3 darjah celscius), keletihan, hilang selera makan, sakit kepala,ruam, sakit tekak dan marah secara keseluruhan.
     Terdapat sesetengah pesakit yang boleh mengalami keradangan otak atau sawan walau jarang-jarang. Semua komplikasi ini biasanya dapat disembuhkan secara sepenuhnya.  
     


Tiada ulasan:

Catat Ulasan